BEKAM SUNNAH

 
 
APA ITU BERBEKAM?
 
Teknik perubatan bekam adalah suatu proses membuang darah kotor dan toksid melalui permukaan kulit. Toksin/toksid adalah ennapan racun/zat kimia yang tidak dapat diuraikan oleh tubuh kita. Toksin ini berasal daripada pencemaran udara,mahupun dari makanan yang banyak mengandungi zat pewarna,zat pengembang,penyedap rasa,pemanis,racun dari sayuran dan sebagainya. Dan BEKAM adalah salah satu proses 'detoksifikasi' yang sangat berkesan dan mujarab serta tiada kesan sampingan. Berbekam juga sangat bermanfaat untuk mengubati orang yang keracunan makanan,bisa dan sejenisnya.

Proses ini sangat berkesan dan amalan berbekam ini sendiri adalah merupakan sunnah Nabi Muhammad s.a.w. Mengikut beberapa riwayat menyatakan Rasulullah s.a.w berbekam sekali setahun.

Berbekam juga telah menjadi amalan masyarakat dunia khususnya dinegara sepertiChina,Mongolia,Kemboja dan Indochina selain masyarakat Arab. Berbekam dapat membantu memulihkan kestabilan kesihatan yang berkesan dengancepat tanpa memberikan kesan sampingan.



KEBAIKAN BERBEKAM
 

* Membantu menghilangkan pening dan migrain.

* Membantu membuang angin dalam badan, melegakan pernafasan dan sistem perkumuhan.

* Membantu memecahkan lemak, peluh dan melegakan demam.

* Membantu memulihkan ketegangan urat leher, belikat, pinggang dan urat sendi di kaki.

* Membantu mencegah kebas kaki dan membantu meredakan serangan angin ahmar.

* Mengeluarkan darah toksik dan melancarkan peredaran darah tersumbat.

* Membantu meringankan tubuh. Darah kotor terkumpul di bawah permukaan kulit menyebabkan rasa berat dan malas.

* Membantu menajamkan penglihatan. Peredaran darah ke mata yang tersumbat menyebabkan penglihatan kabur.

* Dikatakan dapat merawat pelbagai penyakit. Dianggarkan sebanyak 72 jenis penyakit dapat disembuhkan seperti ketegangan urat, darah tinggi, jantung, kolesterol, masuk angin, migrain, sakit mata, angin ahmar, sakit gigi, jerawat, sembelit, tekanan dan buah pinggang.
 
WAKTU-WAKTU YANG SESUAI UNTUK BERBEKAM
Dari Abu Hurairah yang berkata,Rasulullah SAW bersabda : "Barangsiapa berbekam pada tanggal 17,19 dan 21,maka itu akan menyembuhkan semua penyakit."

Mengenai hari-hari dalam seminggu adalah digalakkan berbekam pada hari Khamis bagi mendapat berkat dari Allah SWT. Berbekamlah pada hari Isnin dan Selasa,kerana itu merupakan hari di mana Nabi Ayyub disembuhkan dari penyakit dan bala. Hindari berbekam pada hari Rabu kerana sesungguhnya penyakit kusta dan belang mula muncul pada malam Rabu dan hari Rabu

PANTANG-LARANG BERBEKAM

 
-Seelok-eloknya berpuasa atau 4 jam sebelum berbekam jangan makan makanan yang terlalu mengeyangkan bagi memudahkan proses pengeluaran darah kotor.

-Selepas berbekam hendaklah berehat dan jangan makan/mandi melainkan selepas sejam kemudian.

-Jangan makan makanan laut untuk 2-3 hari selepas bekam bagi mengelakkan rasa gatal pada tempat bekam tadi.

-Jangan minum air sejuk/air ais kerana akan menyebabkan badan jadi letih, lesu dan bisa. Banyakkan minum air suam atau panas,sebaik-baiknya minum madu dan habbatus sauda untuk kesegaran dan kesihatan badan.


"Berbekam pada pagi hari sebelum makan adalah yang terbaik,di dalamnya terdapat penyembuhan dan berkat,serta menambah kekuatan akal dan hafalan."