Kapsul Minyak Habbatus Sauda Syria Gold

 
 
PENGENALAN
 
 
Nabi s.a.w. bersabda: “Kekallah kamu dengan habbatus sauda kerana padanya itu penawar bagi segala penyakit kecuali mati” (riwayat Bukhari)

Minsyam memilih untuk meningkatkan kualiti minyak habbatus sauda dengan memperkenal Minyak perahan sejuk adalah yang dihasilkan dengan teknik perahan yang menggunakan teknik kehangatan rendah iaitu 25 darjah celsius. (sedangkan suhu badan manusia ialah 37darjah celsius). Tidak dinafikan sekiranya terdapat elemen panas dalam proses pemerahan, maka minyak yang dihasilkan akan lebih banyak. Bagaimanapun, ciri-ciri rasa, khasiat malahan warna akan berubah.

Sebagai contoh, sekiranya 1kg biji habbatus sauda diperah dengan teknik panas, akan dapat menghasilkan di antara 500g-750g minyak habbatus sauda. Berbanding dengan 150g kalau dihasilkan melalui perahan sejuk.
Dan jelas minyak habbatus sauda perahan sejuk dihasilkan dalam bentuk kuning keemasan, berbanding perahan panas yang berwarna gelap. Analogi yang mudah, boleh dilihat pada minyak masak. Semua minyak masak baru akan berwarna kuning keemasan, tapi apabila telah digunakan beberapa kali atau dihangatkan berkali-kali, warnanya akan menjadi gelap. Dan tidak lagi berkhasiat

KHASIAT

  • MEMBERI TENAGA – keletihan, sakit-sakit badan, mudah mengantuk
  • MENINGKATKAN IMUNISASI – mengelakkan dari jangkitan penyakit, meningkatkan sel pembunuh penyakit, sesuai untuk pengidap AIDS, pesakit kanser, penyakit berkenaan ketahanan badan, membantu melawan penyakit
  • ANTI INFLAMASI – mengurangkan bengkak dan radang, sesuai untuk pesakit asma (radang paru-paru), sakit kulit eczema (radang kulit) dan arthritis (bengkak sendi)
  • SALURAN PERNAFASAN – melegakan saluran pernafasan yang membengkak (lihat Anti Inflamasi)
  • ANTI HISTAMIN – mencegah cetusan histamine (punca alahan) dalam badan, sesuai untuk mereka yang mempunyai alahan kepada makanan (makanan laut dsb) dan debunga, juga asma
  • ANTI BAKTERIA – mengelakkan dari jangkitan E-coli, V cholera dan shigella, mengubati cirit birit, sesuai untuk kesihatan dalam perut dan usus, mengatasi masalah bau mulut, tonsil
  • ANTI ARTHRITIS – lihat Anti Inflamasi
  • PENYAKIT WANITA – membetulkan putaran haid, memperbanyak air susu ibu, meningkatkan tenaga, meningkatkan kesuburan
  • SALURAN PERKUMUHAN – merawat jangkitan pundi kencing, melawaskan perkumuhan
  • ANTI PARASIT – membunuh cacing dalam perut, juga sesuai untuk kanak-kanak (lebih dari 5 tahun)
  • MENINGKATKAN DAYA INGATAN – mempunyai asid omega 6 dan asid omega 3 yang baik untuk otak dan kecerdasan
  • MERAWAT TENAGA BATIN – impotensi, meningkatkan tenaga seksual (untuk lelaki dan wanita)
  • MENGECUTKAN KETUMBUHAN (ANTI –TUMOR) – sesuai untuk mereka yang mempunyai ketumbuhan, kanser, tumor dan lain-lain.
  • MENGAWAL KOLESTROL DAN KADAR GULA


TESTIMONI PENGAMAL HABBATUS SAUDA
NSYA-ALLAH, MELALUI RUANGAN INI KAMI AKAN SERTAKAN BEBERAPA KAJIAN TESTIMONI UNTUK PANDUAN ANDA YANG INGIN TERUS MEYAKINI KEAJAIBAN HERBA HABBATUS SAUDA INI JIKA ANDA KURANG YAKIN DENGAN HADIS NABI S.A.W YANG MAFHUMNYA :
"HABBATUSSAUDA INI ADA PENAWAR SEGALA PENYAKIT KECUALI AL-SAM (MAUT)" - hadis sahih bukhari & muslim

TESTIMONI 1 ~Naz’izan~
Assalamualaikum,
Anak saya bekas pesakit Kanser dan Isteri Saya bekas pesakit Asma tegar. Alhamdulilah, kami sekeluarga telah menggunakan herbatus sauda sejak anak saya di sahkan mengalami penyakit kanser pada bulam May 2008. Manakala isteri saya telah sembuh sepenuhnya dari penyakit Asma. Saya sendiri mengalami perubahan di rambut apabila uban di kepala semakin berkurangan ( ini belum pernah di temui dari mana-mana testimonial).
Kami sekeluarga mengamalkan dengan meminum satu sudu Pagi (sebelum sarapan) dan 1 sudu Malam sebelum tidur madu lebah dan di campurkan dengan beberapa titik minyak habbatus sauda.
Sehingga kini hasilnya memuaskan. Sumber madu boleh didapati di mana-mana kedai. SekianTESTIMONI 1: An'Nahari bin Sarif (Kuala Kubu Bharu )
-masalah keguguran rambut-
"mengamalkan habbatus sauda dalam masa 6 bulan, Alhamdulillah masalah dapat diatasi."

TESTIMONI 2: En. Izwan & Pn. Mai (Putrajaya)
-masalah resdung-
"mengalamai resdung yang sangat membimbangkan, Alhamdulillah setelah mencuba produk minyak Habbatus Sauda, sangat selesa sekarang..."

TESTIMONI 3: Abdul Latif Kamal (Sentul, KL)
-masalah gout-
"Alhamdulillah setelah mengamalkan H-Sauda, kini tiada masalah."

TESTIMONI 4: Puan Noraini (Kerling, Hulu selangor )
-masalah batuk berlarutan-
"Alhamdulillah setelah mengamalkan minyak H-Sauda serta sedikit madu yang telah dicadangkan oleh jiran saya, batuk anak saya semakin sembuh dalam masa 2 hari. yang penting keyaqinan kita kepada sabdaan Rasulullah s.a.w akan penawar yang terdapat dalam H-Sauda ini...."

TESTIMONI 5: Ustaz Nasir
"Minyak H-Sauda memang berkesan sama ada untuk kegunaan dalaman atau luaran terutama anak-anak kecil. Yang penting kita mesti yaqin dengan sabdaan Nabi s.a.w adalah wahyu dari Allah swt...mulakan dengan Bismillah dan Selawat, InsyaAllah, berkesan...."

TESTIMONI 6: Wan - Hamba ALLAH (Puncak Alam )
"saya..setelah menggunakan H-Sauda Softgel & minyak H-Sauda diurut pada alat kelamin, Alhamdulillah, memang berkesan untuk mereka yang sudah berumahtangga untuk merasai nikmat seperti umur semasa 17tahun...jangan lupa berikan juga kepada isteri anda amalkan H-Sauda juga....InsyaAllah....sebagai tuntutan dalam Agama juga...(untuk yang lemah tenaga syahwat krn kepenatan bekerja sepanjang hari...) 

 


TESTIMONI 7: Che Mamat
Assalmualaikum
Saya seorang pengamal habatus sauda. Masalah saya sebelum ini, badan saya banyak angin. Faham-faham jer laa kan. Hampir setiap hari perut saya berangin..nak buang angin tak boleh..jadi nak makan tak selera…sebelum ini saya memang selalu minum air ENO halia…tapi hanya sementara lepas tu berangin balik. Alhamdulillah selepas terbaca dalam satu artikel di internet mengatakan bahawa habtus sauda dapat mengurang atau mengelakkan kembung perut kerana angin ..jadi saya cuba…alhamdulillah sekarang perut saya amat selesa dan pembuangan angin lancar…jadi selera makan saya bertambah…Saya amalkan minyak habatus sauda bersama madu…
TESTIMONI 8: nsahidah
saya mengalami alahan makanan selama hampir sepuluh tahun. saya alah dengan protin haiwan terutama ayam dan telur, ikan sardin/kembung dan makanan laut termasuklah ikan bilis. saya terpaksa menjadi vegetarian sepenuhnya kerana jika saya termakan bahan bahan tersebut tangan dan jari-jari saya membengkak, ruam kemerahan, gatal dan bernanah. saya tidak boleh masak dan mencuci. menulis pun saya sukar kerana bila memegang pen luka2 ditangan saya akan merekah dan berdarah. Saya seorang guru sains, jadi apabila saya mendemonstrasi eksperimen atau mengajar murid saya mereka pasti akan ngeri dan menegur tangan saya yang hodoh. lebih parah lagi bila kebanyakan makanan memang terdapat telur didalamnya walaupun mayonise, kek/kuih basah dan juga sayuran yang dijual di kantin dimasukkan kiub ayam/ikan bilis.
saya takut untuk mengambil anti histamin dari farmasi bila membaca kesan sampingannya.
akhirnya saya menggunakan habbatus sauda. saya mengambilnya setengah jam sebelum makan kerana ia mengambil masa untuk hadam dan mengeluarkan anti histamin. alhamdulillah, kini tangan saya sudah pulih dan saya merasa sungguh bersyukur kepada Allah.
"JIKA ANDA PENGAMAL HABBATUS SAUDA, PASTIKAN JADIKAN AMALAN BERTERUSAN SEBAGAI PEMAKANAN KEPERLUAN SEBAGAI SISTEM IMUNISASI BADAN ANDA...."
PETIKAN DALAM KANUN PERUBATAN IBNU SINA (980-1037 MASEHI) : "Habbatus Sauda adalah bijirin yang sangat meransang tenaga badan dan sangat membantu dalam kelelahan kronik, kehilangan semangat serta memberikan kesan therapeutic pada gangguan pencernaan, penyakit puan dan sistem pernafasan.."

Kapsul Minyak Zaitun Extra Virgin Syria

 
 
PENGENALAN
 

Produk ini mempunyai dua jenis pembungkusan, iaitu dalam kotak besar dan peket kecil. Dalam satu kotak besar mengandungi 12 peket kecil. Bagi setiap peket kecil mengandungi 20 kapsul sofgel. Ini bermakna, dalam setiap kotak besar mengandungi 240 kapsul sofgel.
 
Didatangkan khas dari negara Syria yang mana ia melalui proses perahan sejuk. Perahan sejuk (cold press) sangat penting di dalam menjaga nutrisi yang terkandung di dalam minyak zaitun.
Nabi s.a.w. bersabda:

“Makanlah minyak zaitun serta berminyaklah dengannya, kerana ia keluar dari pohon yang diberkati” (Riwayat Tirmizi)
Zaitun atau lebih dikenali di dalam istilah saintifik sebagai Oleaeurofa adalah tumbuhan yang beriklim Mediterranean. Pokoknya setinggi tiga meter. Daunnya hijau terang dan buah yang masak ranum berwarna ungu kehitaman serta amat kaya dengan vitamin A, B1, B2, C, D, E, K dan zat besi. Buah Zaitun yang paling baik kualitinya ialah yang dihasilkan di Greece. Manakala, Sepanyol dan Itali merupakan pengeluar minyak zaitun terbesar. Namun begitu 40% daripada minyak zaitun yang dijual di negara tersebut adalah berasal dari Syria.

KHASIAT

  • Mengurangkan kadar kolesterol
  • Menghindari penyakit Kardiovaskular dan Arteriosclerosis
  • Mengelak pembentukan batu hempedu
  • Membantu penghadaman dan mengurangkan ulser perut
  • Antioksidan dan antikanser
  • Membantu meningkatkan metabolisme tubuh, pertumbuhan tulang dan tubuh yang baik (khasnya bagi kanak-kanak)
  • Menstabilkan asid lemak